Pages

Durian Runtuh!! Offer 10 Akhir Ramadhan

Monday, August 22, 2011


Alhamdulillah lastly kita sekarang berada dipenghujung malam 10 Ramadhan justeru itu jom kita cari lailatulqadr iaitu lailatul qadri khairun min alfi shahr malam yang terbaik dari seribu bulan, WOW!! bak kata Al fadhil Ustaz Harundin dalam Astro channel 106 talk show manisnyeee kurma ini :P (Semanis Kurma),yang mana andai rezqi kita terpilih ketemu malam tue baca al Quran je dah menyamai baca al Quran sepanjang hayat kita tu babe!! pegh best2... tue belom solat malam lagi... zikir lagi.... Segala doa dimakbulkan without hijab tue huyyo ... Offer best tue..

Andai letih sangat la bak kata Ustaz td g masjid duduk niat i`tikaf masjid je sudeeee.. automatik terjoin skali..erm bila fikir sendiri balikkan , mak ai senang je jalan Allah tu bagi tapi kita try la muhasabah balik diri kita nie.. nak keeeee tak nak kan ermmmm. Malam yang datang nie pun bukan hari-hari ...setahun sekali dan orang-orang yang terpilih je dapat join malam nie so jom kita panjatkan doa moga diketemu malam yang dinantikan tue.

Lagi satu haaa malam tu bukannya leh senang-senang selak aaaaaaaaa dah jumpaaaa hehe cam main nyorok-nyorok plak.. tanda-tandanya akan diketahui adalah keesokan harinya nie base on Hadis yakni sumber kedua kita after Al Quran. ade cerita-cerita mungkin dari Ahli bijak pandai Islam mereka diberi kelebihan melihat tanda-tanda tu ada yang mengatakan pokok ruku` menghadap kiblat, air di perigi tiba-tiba beku masa nak ambik wudhu dan sebagainya

Conclusion yang nak dibawa disini Jom kita kecapi dah hayati malam terbaik nie bukan senang nak jadi senang & bukan susah nak jadi susah .

sedikit perkongsian

Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).

Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”.
(HR Bukhari & Muslim)

0 comments:

Post a Comment

Kru - Menjunjung Nama

IRON DJ / DOWNLOAD MP3 / Buy: Menjunjung Nama